Juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Neelofa tidak dapat hadir untuk menjadi juri minggu ketujuh malam ini (Jumaat).

Neelofa tidak dapat berbuat demikian kerana menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Noor Nabila bersama pasangannya iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Majlis perkahwinan tersebut akan berlangsung pada 31 Mac (malam ini), pukul 7 malam di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Namun, persoalannya siapakah yang bakal menggantikan Neelofa untuk menjadi juri MLM 2017 pada malam ini?

Untuk mengetahui siapa yang bakal mengantikan Neelofa, jangan lupa menyaksikan MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada malam ini, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Minggu ketujuh bertemakan 'Artis Jemputan, Ayat Power' bakal menyaksikan 10 peserta merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Selain Neelofa, MLM 2017 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos turut menampilkan Rosyam Nor, Luna Maya dan Najip Ali yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> ( www.astrogempak.com.my )

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi