Bintang bola sepak dunia yang juga kapten pasukal Portugal, Cristiano Ronaldo hari ini secara rasmi memiliki lapangan terbang antarabangsa yang dinamakan sempena namanya sebagai tanda penghormatan.

Upacara perasmian lapangan terbang yang berlangsung di Pulau Madeira itu dibanjiri lebih
lima ribu peminat.



Acara tersebut menyaksikan pertukaran nama lapangan terbang Madeira kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo.

Dalam pada itu, Ronaldo turut meluahkan rasa terharu dan bangga apabila diberi penghormatan sedemikian ditempat kelahirannya itu.

“Saya tidak meminta pertukaran ini, namun saya bukan hipokrit, yang mana saya akui perubahan nama lapangan terbang ini merupakan satu penghormatan besar kepada saya.

“Sudah tentu saya berasa sangat gembira,” katanya.



Selain lapangan terbang, Ronaldo juga mempunyai tugu, muzium dan kompleks hotel yang dinamakan sempena namanya dan dia dianggap sebagai individu paling berjaya di Madeira.


Sumber : theguardian.com
Olahan : Izzat Ridzwan