Penyanyi dan komposer, Taylor Swift akui terkejut apabila media melaporkan bahawa dirinya hilang sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan HollywoodLife.com, penyanyi I Do Not Wanna Live Forever dikatakan sedang sibuk menghabiskan masanya di studio yang terletak di New York, Nashville dan Los Angeles.

"Dakwaan yang mengatakan Taylor hilang itu adalah kelakar kerana dia sebenarnya sibuk menyiapkan album baharunya.

"Dia bukan sengaja bersembunyi sebaliknya sangat sibuk di studio untuk melakukan rakaman dan terlibat dengan proses penyuntingan untuk single baharunya.

"Taylor juga tidak sabar untuk melancarkan album tersebut kerana ingin menghadiahkan karya itu kepada peminat-peminatnya," kata sumber.

Tambah sumber, kehilangan penyanyi berusia 27 tahun itu menjadi kecoh apabila peminat menyedari Taylor sudah lama tidak mengemaskini gambar atau video di media sosial.

Sumber: HollywoodLife.com