Gara-gara kerap memainkan lagu popular nyanyian Ed Sheeran yang berjudul Shape of You, seorang wanita dikenali Sonia Bryce dimasukkan ke penjara.

Wanita berusia 36 tahun itu telah memutarkan lagu Shape of You dengan nada kuat dan berulang kali selama lebih setengah jam sehingga menyebabkan dia menganggu kententeraman jirannya, Clare Tidmarsh.

Clare yang mempunyai tiga orang anak berasa terganggu dan akhirnya nekad membuat laporan polis mengenai tindakan Sonia.

Sonia yang dihadapkan ke muka pengadilan bagaimanapun mengaku tidak menggemari penyanyi yang popular dengan single Thinking Out Loud tersebut.

"Saya langsung tidak suka dengan Ed Sheeran," kata Sonia.

Namun pengakuan itu ditolak oleh hakim. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan kerana mengganggu kententeraman jiran tetangga.

"Dulu saya peminat Ed Sheeran sehingga memasukkan lagunya di dalam playlist saya. Tetapi kini tidak lagi kerana ia membuatkan kami gila," beritahu Clare.

Sumber: The Sun