Pelakon Syed Aiman akui kagum dengan sikap selebriti tanah air yang sanggup bersatu menghidupkan sesebuah persatuan meskipun sibuk dengan tugas masing-masing.

Menurut Syed Aiman selaku Presiden Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC), dia bersyukur kerana kebanyakkan artis berjaya melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh persatuaan.

"Saya amat kagum dengan sikap artis di Malaysia kerana meskipun sibuk dengan aktiviti seni namun mereka masih ada masa untuk melibatkan diri dalam penubuhan persatuan yang dianjurkan.

"Perkara ini secara tidak langsung dapat menyatukan hubungan diantara rakan-rakan artis lain tidak kira tua mahupun yang masih muda.

"Penubuhan kelab ini dapat mengguatkan lagi silaturahim dalam kalangan artis yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dianjurkan oleh persatuan," katanya kepada Astro Gempak.

Syed Aiman berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan jersi pasukan bola sepak MASC yang diadakan di The Garage, Kuala Lumpur, di sini Selasa.

Pada majlis tersebut, MASC telah menerima dua set jersi dan satu baju T untuk kegunaan pasukan bagi musim 2017 dan 2018.

Antara barisan artis merangkap pemain skuad MASC yang hadir ialah Black Mentor, Zulhuzaimy, Fazreen Rafi, Roy Azman, Aidil Aziz, Danny X Factor, Taukey Jambu, Edaman Qanda, Aidid Marcello, Nik Melodi, Asyraf Aley, Mamak Puteh dan Zetty Mentor.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi