Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mahu mengubah imejnya untuk kelihatan seperti Rockers.

Dengan memakai memakai pakai serba hitam, menyarungkan jaket kulit dengan gincu berwarna hitam membuat Sherry lebih yakin untuk mengacarakan program Rockanova.

Menerusi akaun Instagram miliknya juga Sherry turut berkongsi gelagatnya menyanyikan lagu Rock sambil diperhatikan oleh Alif Satar yang juga merupakan hos program berkenaan.

Untuk menyaksikan keserasian pasangan itu menjadi hos program berentak rock, jangan lupa saksikan Rockanova yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB malam ini.

Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).