Kuala Lumpur sebuah lokasi ideal yang rugi jika tidak dikunjungi!

Kenapa kami berkata demikian? Lihatlah deretan kedai di sepanjang jalan sekitar ibu kota, tidak pernah tidak menjanjikan kenikmatan untuk pengunjung; baik daripada sudut membeli-belah mahu pun menjamu selera.

Itu baru satu sebab, mungkin anda punyai pelbagai alasan untuk terus menikmati kehidupan indah di kota raya ini.

Seorang ekspatriat dari Britain yang pernah menetap di Malaysia untuk beberapa tahun, baru-baru ini ada kongsikan 7 perkara yang anda akan rindukan sekiranya keluar dari Malaysia.

1) Cuaca

"Perkara terindah untuk dinikmati secara percuma!" katanya.

Semestinya dalam mana-mana tulisan tentang negara-negara Asia Tenggara adalah cuaca yang sangat menyamankan terutama panorama waktu senja.

Suhu di Kuala Lumpur juga tidak terlampau hangat namun ia kondisi terbaik untuk dirasa terutama ketika suhu dingin di Eropah pada permulaan tahun.

Malah, di mana-mana tempat di Malaysia pun sudah mempunyai pendingin udara (sekiranya anda tidak tahan cuaca terlampau panas).



2) Tempat tinggal

Menurut pandangannya, kebanyakan kediaman yang disediakan untuk ekspatriat di Malaysia adalah yang terbaik!

Tidak terlampau mahal malah kediaman yang pernah didiami sepanjang di Malaysia pun bersaiz besar dengan harga yang berbaloi.

Dia bertuah, katanya sepanjang berada di Malaysia dia mampu membiayai kediaman di tengah-tengah kota Kuala Lumpur yang dilengkapi dengan gelanggang squasy, sauna dan kolam renang.



3) Penduduk

Dia tertarik dengan budi bahasa yang ditonjolkan oleh penduduk Malaysia.

Budaya mengalu-alukan dan bersopan-santun tidak pernah lekang daripada kehidupan harian.

Walau sering dipanggil 'Mat Salleh', berjauhan daripada komuniti dan negara sendiri, dia tidak pernah rasa terasing dan kesepian hidup dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berbanding zaman pelajarnya di Grenoble, Perancis suatu ketika dahulu.

Integrasi melalui dua proses; ia memerlukan keupayaan untuk menerima orang asing dari luar dan keperluan orang asing untuk mendapatkan panduan menjalani kehidupan di tempat baharu.



4) Kesederhanaan dan kualiti hidup

Cara menintegrasi hidup dalam masyarakat katanya bergantung pada cara kita melihat sesuatu perkara. Misalnya jika kita benci matematik, kita akan menangguhkan waktu untuk belajar matematik walau kita tahu ia susah.

Sejujurnya, tidak susah untuk hidup bermasyarakat di Malaysia berbanding negara Asia lain.

Mungkin kerana perjanjian Komanwell suatu ketika dahulu yang memajukan negara Malaysia (terutama untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris). Jadi, tugasnya lebih mudah!

Selepas beberapa bulan tinggal di Kuala Lumpur, dia bukan sahaja mengumpul kelompok sahabat sendiri tetapi juga mempunyai tempat lepak mamak pilihan, hingga lokasi gimnasium.

Walau tidak sehebat pembangunan di London, Malaysia hidup dalam keadaan bersederhana.



5) Makan dan minum

Nasi lemak, char kuey teow, murtabak dan ayam masak berkeju bukan prioriti pilihan makanannya di Malaysia sebab semua sudah sedia maklum.

Ada banyak lagi hidangan enak untuk dijamah di 14 buah negeri di Malaysia. Semuanya menyajikan santapan yang pelbagai.

Dia membandingkan kehidupannya di Seoul, Korea, sepanjang lapan tahun berada di sana hanya dua jenis makanan saja menepati citarasanya!

Di Eropah, setiap hidangan sangat mahal dan khusus untuk acara tertentu. Namun, di Malaysia, budaya lepak di mamak paling digilai ramai.

Paling mudah, beli sendiri, masak sendiri dan cuci sendiri.



6) Pantai

Malaysia adalah syurga pantai tropika.

Mungkin apabila disoal kepada penduduk asal Malaysia, mereka akan menjawab pulau-pulau di Bali, Phuket dan Filipina antara yang mempunyai panorama terbaik.

Tapi, jika ditanya padanya, Kapas, Perhentian, Redang dan Tioman adalah seleksi pilihan peribadi.

Baginya, pantai-pantai di pulau tersebut cukup puas untuk dinilai sebagai syurga terutama untuk merehatkan minda.


Kredit: Lonelyplanet

7) Peluang melancong

Bukan semua boleh menjadi ekspatriat yang berjaya. Seseorang itu perlu gembira untuk menetap di sesebuah negara asing, berminat untuk belajar budaya baharu dan jadi yang terbaik untuk menjalinkan kehidupan masyarakat dengan diri sendiri.

Sebelum ini dia pernah beberapa kali mendengar keindahan negara Malaysia walaupun sering disogok tentang Singapura sebagai sebuah negara terbaik untuk mengumpul wang dan Thailand pula lokasi ideal untuk berparti.

Namun, dia jarang mendengar sentimen negatif tentang warga asing yang menetap di Malaysia.

Tiada kata yang dapat diungkapkan tentang kehebatan Malaysia. Apabila ditanya tentang kualiti kehidupan, Malaysia lebih baik berbanding Singapura dan Thailand.


Kredit: smartfortunecookie

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Expatgo