Senarai Penuh Calon Top 5 AME 2017 - Neelofa Mendominasi, Raih 5 Pencalonan

28 Mac 2017. 8.44 PM
6,729
Hiburan
Senarai Penuh Calon Top 5 AME 2017 - Neelofa Mendominasi, Raih 5 Pencalonan
Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017) yang bakal berlangsung pada 23 April ini menyaksikan pengacara dan aktres Neelofa mendominasi senarai calon akhir dengan meraih lima pencalonan daripada 17 kategori yang dipertandingkan tahun ini.
 
Neelofa tercalon dalam kategori Hos MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Bintang Online MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan Program MeleTOP menerusi rancangan Taste Selebriti (episod Neelofa).
 
AME 2017 bakal menyaksikan Neelofa, Nabil Ahmad dan Johan sebagai pengacara. Penyampai Era FM, Radin serta Fad Bocey akan mengendalikan acara Karpet MeleTOP.
 
AME 2017 yang bakal bersiaran langsung di Stadium Malawati Shah Alam pada Ahad, 23 April 2017 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 
Berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir AME2017:
 
Lagu MeleTOP
 
Hidup Dalam Mati (Syamel)
Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof)
Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
Pencuri Hati (Ayda Jebat)
Sejati (Faizal Tahir)
 
Filem MeleTOP
 
Aliff Dalam 7 Dimensi
Boboiboy
Langit Cinta
Munafik
Ola Bola
 
Hos MeleTOP
 
Aliff Satar
Datuk AC Mizal
Johan
Nabil Ahmad
Neelofa
 
Fesyen MeleTOP
 
Fattah Amin
Neelofa
Nur Fazura
Scha Alyahya
Vivy Yusof
 
Penyanyi MeleTOP
 
AIizat Amdan
Ayda Jebat
Datuk Siti Nurhaliza
Khai Bahar
Siti Nordiana
 
Bintang Filem MeleTOP
 
Alif Satar
Fasha Sandha
Nabila Huda
Nur Fazura
Syamsul Yusof
 
Bintang Online MeleTOP
 
Datuk Siti Nurhaliza
Fattah Amin
Jep Sepahtu
Neelofa
Zizan Razak
 
Si Cilik MeleTOP

 
Aaira Ameena
Aaisyah Dhia Rana
Lara Alana
Seri Aileen Marissa
Yusof Iskandar
 
Pelakon TV MeleTOP
 
Ayda Jebat
Fattah Amin
Neelofa
Shukri Yahya
Siti Nordiana
 
Program MeleTOP
 
Gegar Vaganza S3
Maharaja Lawak Mega 2016
Manisnya Cinta DUKE
Super Spontan All Star (episod Datuk Siti Nurhaliza)
Taste Selebriti (episod Neelofa)
 
Artis Baharu MeleTOP
 
Aiman Tino
Alvin Chong
Khai Bahar
Mat Dan
Nadya Syahera
 
Couple MeleTOP
 
Akim Ahmad & Stacy
Amar Baharin & Amyra Rosli
Jihan Muse & Ungku Hariz
Saharul Ridzwan & Deena Emir
Shukri Yahya & Tya Adnan
 
Artis Lawak MeleTOP
 
Abam Bocey
Achey Bocey
Ajak Shiro
Johan
Kamal Adli
 
Penyampai Radio MeleTOP
 
DJ Lin
Haniff
Jep
Johan
Shuib
 
Grup/Duo MeleTOP
 
Akim & The Majistret
Caliph Buskers
Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Hafiz & Misha Omar
Syamsul Yusof & Mawi
 
Drama MeleTOP
 
7 Hari Mencintaiku
Dia Semanis Honey
Lara Aishah
Menongkah Kasih
Suri Hati Mr. Pilot
 
Program Radio MeleTOP
 
JoHaRa Pagi Era
Sembang Sinar
Sepahtu Sinar
Super 40 Era Bersama Radin
Suria Cinta
 
Talian undian fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir boleh diundi menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan www.era.fm serta aplikasi ERA dan Raku bermula 28 Mac sehingga 23 April ini.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan


Komen