Pelakon Amyra Rosli akui hilang selera makan sejak hamil anak sulungnya.
Amyra atau nama sebenarnya Nurul Amirah Izzati Rosli, 26, berkata lebih aneh dia kini tidak dapat menikmati makanan yang selalu menjadi kegemarannya.
"Alhamdulilah kandungan dah masuk 9 minggu dan baby ketika pemeriksaan sebelum ini sihat.
"Cuma saya memang tiada selera langsung untuk makan sekarang ini.
"Makanan kegemaran saya seperti coklat pun saya tidak lalu hendak makan.
"Tetapi yang peliknya saya kini lebih suka masakan melayu yang pedas sedangkan sebelum ini saya lebih suka makanan western.
"Saya tidak mengalami alahan teruk sehingga muntah dan sebagainya cuma saya akan mual dan pening lebih-lebih lagi apabila bau ibu saya sedang memasak di dapur," katanya kepada Astro Gempak.
Amyra ditemui di majlis pelancaran rangkaian kecantikan dan fesyen Umma Nita di Hotel Shangri- La tengahari tadi.
Sementara itu Amyra memberitahu Amar turut mengalami perubahan yang pelik apabila kerap pening-pening serta mengidam.
"Amar orang paling gembira bila dapat tahu saya hamil.
"Sejak hamil dia tidak benarkan langsung saya membuat apa-apa kerja rumah.
"Tapi yang peliknya dia juga ada mengalami pening-pening dan akan mengidam untuk makan sesuatu.
"Baru-baru ini dia ada ajak saya makan ikan tiga rasa.
"Kiranya dia menjaga saya dan saya melayan kerenah makannya," katanya lagi.
Syafiqah Jalal
Tue Mar 28 2017
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan