Hasrat seorang remaja untuk memeluk Islam tercapai walaupun hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa minit sebelum meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan di Kuala Nerang, Terengganu, pagi Isnin lalu.
Mangsa, Azyet Jopilin, 17, dari etnik Rungus yang berasal dari Kampung Teringai Darat, Kota Marudu, Sabah sepatutnya pergi ke pejabat agama untuk urusan menukar agama pada pukul 2 petang, namun menemui ajalnya lebih awal.
Bapanya, Abdul Aziz Abdullah yang telah memeluk Islam selama lapan tahun dan menetap di Kampung Dalam, Mukim Kurung Hitam dekat sini berkata, sebelum kejadian dia dan dua anak lelakinya termasuk Allahyarham pergi menoreh getah di sebuah kebun milik majikannya.
"Bagaimanapun, setelah selesai menoreh di kebun pertama, dia tidak mahu mengikut kami ke kebun kedua kerana mahu balik ke rumah. Malangnya dia tidak membawa kunci rumah dan berpatah balik ke kebun.
"Sewaktu dalam perjalanan dia terbabas lalu terlanggar pokok...orang kampung yang pertama tiba di lokasi mengajarnya mengucap kerana memang sudah maklum akan niatnya memeluk Islam, sebelum dia meninggal dunia," katanya.
Abdul Aziz memberitahu Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik baru empat bulan berada di Kedah kerana sebelum ini tinggal bersama neneknya di Kota Marudu.
"Memang dia sudah lama berniat mahu memeluk Islam dan turut belajar perkara asas dalam Islam seperti sembahyang dan mengucap dua kalimah syahadah.
"Dia ada berkata pada saya mahu bekerja kilang selepas ini dan kumpul duit untuk membeli motosikal," katanya dan menyifatkan Allahyarham seorang yang periang dan suka menyakat adik-adiknya.
Walaupun sedih, Abdul Aziz berkata beliau amat bersyukur kerana Allahyarham meninggal dalam keadaan sudah memeluk Islam malah jenazahnya turut diuruskan mengikut cara Islam.
Sumber: Bernama
Syafiqah Jalal
Tue Mar 28 2017
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.