Penyanyi Kirstie Maximus akui mencabar dirinya untuk menembusi pasaran muzik melayu selepas lima tahun bergiat aktif dalam bidang nyanyian.

Menurut Kristie, 27, dia ingin mencari kelainan dalam karyanya selepas menceburkan diri dalam dunia lagu pop berbahasa Inggeris sejak tahun 2012.

"Saya telah mencabar diri untuk menghasilkan lagu dalam bahasa melayu kerana ingin keluar dari zon selesa dan buat sesuatu yang berbeza.

"Tidak jadi masalah jika saya menyanyikan lagu dalam bahasa melayu kerana sebagai seorang penyanyi, perkara itu bukanlah halangan halangan untuk menghasilkan karya dalam bahasa yang berlainan.

"Saya telah mengambil keputusan untuk buat lagu Melayu jadi saya sememangnya mengimpikan lagu berentak balada dengan lirik yang jiwang," katanya kepada Astro Gempak.

Kirstie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengenalan lagu dan muzik video Kembali X yang dinyanyikan secara duet bersama penyanyi Evelyn Feroza di Le Noir, Trec di sini, Isnin.

Tambah Kristie, dia pernah menghasilkan dua buah lagu berbahasa Inggeris berjudul Rockabye X dan Alright X.

Lagu Kembali X dendangan Kirstie dan Evelyn kini boleh didapati melalui Spotify dan iTunes serta YouTube.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi