Penyanyi bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik, terpaksa disorokkan di dalam troli berisi pakaian kotor untuk keluar daripada sebuah hotel di Paris.

Menurut laporan Daily Mail, Zayn melakuakan demikian kerana ingin mengelak daripada diserbu oleh peminat-peminat fanatiknya.

Ternyata populariti Zayn masih tidak terjejas meskipun dia telah mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan One Direction.

"Perkara tersebut dilakukan supaya Zayn dapat bergerak bebas tanpa disedari peminat.

"Peminat fanatiknya dikatakan sanggup menunggu berjam-jam untuk menantikan kemunculan Zayn diluar hotel penginapannya," kata sumber.

Dalam perkembangan lain, Zayn kini sedang sibuk dalam proses pembikinan album solo pertamanya.