Pelakon Almy Nadia meluahkan rasa rindu terhadap suaminya, Fizz Fairuz yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Munafik 2 di Cherating, Pahang.

Menurut Almy, perasaan rindu itu timbul setelah sekian lama tidak berjauhan untuk tempoh tertentu.

“Saja malam ni nak sweet sweet sikit hahahaha. En suami kat cherating tengah shooting filem munafik 2... tiba2 rindu pulak.

“Lama betoi tak berjauhan.. hahahah gedikkan.. ya laa video call anak, wassap tanya anak, semua anak la. Ibaratnya anak la.


“Takpaa bini mengalah.. Tengok pic ni mengunyah la keja dia, lepas tu kan bila balik kl nanti dok gadoh gemok la, buncit la, sedangkan dia yang kuat makan kat sana..

"Katanya lauk kg sedap.. makan la sayang selagi mampu, selagi sihat makan ja... tiba2 malam ni rindu pulokkk kat en suami. Takpa klu en suami tak rindu kami pun takpaa.. hahahah lariiiiiiii cc @fizzfairuzofficial,”
tulisnya menerusi akaun Instagram (IG) semalam.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya mengusik Almy berkenaan luahan hatinya tersebut.

Komen-komen itu juga kemudiannya dibalas kembali oleh Almy.

Teks oleh Mya Amri