Penyanyi John Legend hampir kegurian $3,900 iaitu kira-kira lebih RM100,000 selepas bagasi yang berisi barang-barang peribadinya tertinggal ketika di Lapangan Terbang JFK, New York pada Khamis lalu.

Bagasi tersebut berisi barangan peribadi mewah termasuk aksesori lelaki Cartier Panther bertatahkan permata.

Pelantun lagu All of Me itu kemudian membuat laporan polis di lapangan terbang tersebut dan pihak polis menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kedudukan bagasi berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis akhirnya menjumpai bagasi Legend yang ditinggalkan.

John Legend akhirnya mendapati ada individu yang tersilap mengambil bagasi.

"Ada individu yang silap mengambil beg saya dan selepas menyedari hal itu dia akhirnya tinggalkan sahaja beg saya di lapangan terbang," katanya.

Sumber: The Sydney Morning Herald