Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Rahim, akui lebih berhati-hati dalam memilih bahan lawak untuk dipersembahkan di atas pentas pada setiap minggu.

Menurut Rahim, Joras terbuka menerima teguran peminat mengenai lawak mereka yang sering disalah erti penonton.

"Saya tidak ambil hati dengan kritikan serta teguran diberikan oleh peminat tentang persembahan kami.

"Kami mengambil perkara itu sebagai pembakar semangat dan akan berusaha untuk memperbaiki mutu persembahan pada setiap minggu.

"Kami juga lebih berhati-hati dalam memilih bahan lawak dan akan memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi," katanya kepada Astro Gempak.


Mengulas mengenai MLM 2017, Rahim memberitahu dia tidak menyangka akan menerima undian tertinggi dan dinobatkan sebagai pemenang Gempak Man of The Match (GMOTM) untuk minggu keenam.

"Sejujurnya saya tidak menyangka akan memenangi GMOTM kerana ketika persembahan saya cuma keluar pada saat akhir dan tiada dialog untuk minggu ini.

"Mungkin ini merupakan rezeki saya dan undian daripada peminat kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi piala ini," ujarnya.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa .

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI .

Keputusan Gempak Man Of The Match Minggu Keenam :

1. Rahim Joras : 49%
2. Achong Nice : 30%
3. Ajak Shiro : 2%
4. Abam Bocey : 1%
5. Fad Bocey : 1%
6. Ali Puteh : 1%

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi