Jarang sekali kita dengar tentang anak muda yang sanggup menghabiskan wang demi seekor haiwan.

Berbeza bagi Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham, seorang kanak-kanak berumur 11 tahun.

Pelajar tahun lima itu komited untuk menyelamatkan penyu belimbing selepas guru sains di sekolahnya menunjukkan sebuah video mengenai spesies terancam kepadanya dan rakan sekelas.

Ahmad Iszuddin diberitahu bahawa haiwan itu akan pupus di seluruh dunia dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya sedikit usaha dilakukan untuk melindungi haiwan terbabit.

"Saya menangis dua kali melihat video itu dan apa yang saya ingin buat sekarang adalah menyelamatkan haiwan tersebut," kata Iszuddin yang sedih dengan nasib yang menimpa penyu tersebut.

Ahmad Iszuddin, yang belajar memasak daripada ibunya, mengambil inisiatif membuat roti dan biskut untuk dijual kepada orang ramai di majlis tertentu, malah ada juga pembeli yang menghubunginya secara terus.

Setakat ini, dia telah memperoleh lebih daripada RM200 hasil daripada jualan roti dan biskutnya.

Namun, hasil jualan roti dan biskut itu bukan untuk keuntungan peribadi, tetapi Ahmad Iszuddin berhasrat untuk mendermakan wang itu kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu di Terengganu dan membantu menyelamatkan hidupan laut tersebut.

Nor Azlina, ibu kepada Ahmad Iszuddin berkata dia dan suaminya akan sentiasa menyokong nilai murni anak mereka itu.

Ahmad Iszuddin mempromosikan jualan biskut dan rotinya serta berkongsi mesej menyelamatkan penyu melalui laman Instagrammnya @iszuddin_.

"Kepada semua orang di luar sana, marilah bekerja bersama-sama dan menyelamatkan spesies terancam ini," kata si cilik itu.


Sumber : Bernama, Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan