Sebuah video seorang wanita yang mengkritik lelaki kahwin muda mula tersebar di laman sosial semalam.

Video dimuat naik pengguna Facebook menggunakan nama Farah Elmo itu, mula mendapat perhatian beberapa orang lelaki yang memberi kenyataan balas terhadap kritikan gadis tersebut.

Menerusi video tersebut Farah membahasakan dirinya sebagai 'Mami' dan bercakap dalam loghat Pulau Pinang, membidas golongan lelaki yang mahu berkahwin namun tidak mahu memikul tanggungjawab dan berusaha mencari rezeki.

Beberapa orang lelaki membalas kritikan Farah dan membela kaum adam serta tidak bersetuju dengan pandangan anak mami itu tentang perkahwinan di usia muda.

Kata mereka, mengumpul wang adalah cabaran yang cukup hebat bagi lelaki di zaman ini, apatah lagi kaum wanita pula sesuka hati meletakkan harga hantaran yang tinggi.

Video dikongsi di akaun Facebook Kazitaki Ayie itu telah mendapat lebih dua juta tontonan.

Berikut kami kongsikan video yang telah menjadi bualan ramai di Facebook:







Sumber : Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan