Kontroversi yang menyelubungi filem tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia nampaknya belum berakhir.

Dalam perkembangan terbaharu, Bernama melaporkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis sebagai tanda membantah tayangan filem itu yang dijadualkan bermula 30 Mac ini.

Laporan itu dibuat oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), yang diwakili Abdul Rani Kulup Abdullah; Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA), Mohd Fazil Abdullah dan Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay.Abdul Rani Kulup berkata, laporan itu dibuat kerana penayangan filem itu bertentangan dengan nilai budaya dan agama yang diamalkan masyarakat negara ini.

"Kami berharap kerajaan akan menghalang filem ini daripada ditayangkan.

"Tayangan filem ini tidak membawa kebaikan kepada generasi muda. Ia membawa banyak kesan negatif kepada masyarakat.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pada Rabu.

Tayangan Beauty and the Beast sebelum ini ditangguhkan kerana satu babak gay yang dipaparkan dalam filem itu.



Lembapa Penapisan Filem (LPF) mengarahkan agar babak itu dipotong, namun Disney enggan berbuat demikian.

Beauty and the Beast akan ditayangkan dengan rating P13, di mana kanak-kanak bawah 13 tahun perlu ditemani orang dewasa.

Sumber: Astro Awani