Baru-baru ini pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah dan perkara tersebut telah menarik perhatian peminatnya.

Menerusi beberapa siri foto yang dikongsikan menerusi akaun Instagram (IG)nya, Fattah meluahkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.

“Alhamdulillah. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW InshaAllah,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, terdapat satu kapsyen yang ditulis oleh Fattah sebelum berangkat ke Mekah membuatkan peminatnya merasakan pelakon kesayangan mereka itu sedang cuba untuk mengubati hatinya selepas putus cinta bersama aktres Neelofa.

“Someone used to own my time. Now its time to give my time to things truly worthy. Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh all my dearest and beloved fans.

“In Shaa Allah I shall be leaving for Umrah tomorrow. Before I leave for Mekah, I wish to seek for forgiveness for any wrong doings that I've made whether intentionally or that l am not aware of.

“Please help pray for our safe journey and our smooth ibadah Umrah.In Shaa Allah, I shall pray for all of you too,”
tulisnya.

Disebabkan kapsyen tersebut, ruangan komen IG Fattah dipenuhi dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya dirinya bertemu jodoh dengan wanita terakhir.

Terdahulu Wanita Terakhir merupakan single terbaru Fattah Amin dan peminat membuat andaian bahawa lagu tersebut ditujukan khas buat Neelofa.

Kepada peminat #Lofattah, jangan lupa saksikan episod penuh drama Suri Hati Mr. Pilot portal Gempak.com.

Klik untuk menonton SURI HATI MR. PILOT.

Teks oleh: Mya Amri