Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi akui berasa gementar sebaik sahaja disahkan hamil.

Berita gembira itu didedahkan oleh Abby selepas memuatnaik satu foto alat ujian kehamilan di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Abby, pada mulanya dia berasa agak bimbang untuk berkongsi berita tersebut kerana kandungannya itu masih lagi diperingkat awal.

“Alhamdullillah. Syukur. Fikir banyak kali, nak share ke taknak share sebab awal-awal ni takut jadi apa-apa.

“Setelah berbincang dgn suami, kitaorang sukalah nak kongsi berita gembira ini. Taknaklah fikir yg negatif. Nak fikir jadiiii je, inshaALLAH,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby memberitahu dia dan suami, Muhammad Faizal Zakaria tidak kisah mengenai jantina anak asalkan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

“Baru bulan pertama. Suami kata perempuan, kita rasa lelaki (awal lagi dah ngada teka2 hihi) takpe pun lelaki atau perempuan.

“Asal sihat walafiat. Dapat seorang pun Alhamdullillah, tapi kalau dapat kembar dua atau kembar tiga pun lagi hokey hihihi #berangan #berkejarnakjaga.

“Apapun, doakanlah kandungan Sy kali ni berhasil lahir ke dunia ye. Dah lama tak membawa perut ni, belum tahu nasib lagi macamana ni. Mohon doa kalian.

“PS: Sy doakan juga Sahabat Sy @azzaelite @eve_usun berjaya mengandung juga dlm masa terdekat ni. Biar sebaya anak kita hehe.. Tolong doakan ye Sahabat2 disini. Jumaat ada waktu maqbul doa. Usahakan,” tulisnya.

Teks oleh: Mya Amri