Umum tahu pengunduran Tan Sri Annuar Musa daripada bertanding merebut kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberi laluan mudah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyandang jawatan itu.

Penarikan diri itu menyaksikan pertandingan satu penjuru TMJ atau Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang masih bertanding.

TMJ dijangka menang tanpa bertanding pada kongres FAM ke-53 pada hari Sabtu ini.

Sejak tahun 1933 persatuan itu ditubuhkan, hanya lima anak Melayu tempatan yang pernah menyandang jawatan presiden.

Faktanya, Sir Andrew Caldecott (1933), M.B. Shelley, Dr J.S. Webster, S.D. Scott, R. Williamson, J.E. King (1927), Adrian Clark (1940), H.P. Byson (1948) dan Dr C. Rawson merupakan bekan presiden FAM berbangsa asing.

Sehubungan itu, kami rangkumkan lima individu tempatan yang pernah memegang tampuk pimpinan FAM sejak tahun 1958 hingga 2017.



1) Tunku Abdul Rahman (1958-1974)

Tunku Abdul Rahman adalah orang tempatan pertama yang memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia yang sebelum itu diterajui oleh warga Britain.

Atas idea Tun Abdul Rahman, Pestabola Merdeka (Merdeka Tournament) mula diadakan pada 1957.

Pestabola Merdeka jugak diiktiraf sebagai kejohanan bola sepak tertua di Asia walaupun kini sudah berkubur.



Tunku juga dilantik sebagai Presiden Asian Football Confederation (AFC). Ketika itu, beliau telah perkenalkan Asian Youth Under 19 Championship yang juga dikenali sebagai Rahman Gold Trophy.

Selama 19 tahun memegang jawatan tersebut, beliau diiktiraf sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menaikkan taraf sukan Asia dan kedudukan AFC sendiri.



2) Tun Abdul Razak (1974-1975)

Tun Abdul Razak bagaimanapun memegang jawatan itu cuma dalam tempoh setahun.



3) Tan Sri Datuk Hamzah Abu Samah (1975-1983)

Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah merupakan Menteri Perdagangan dan Industri pada ketika beliau memegang jawatan itu.

Dalam tempoh itu, pelbagai aktiviti telah diperkenalkan dan bola sepak Malaysia telah mencapai satu aras baru dalam arena antarabangsa berikutan perlantikan beliau sebagai presiden AFC.



4) Sultan Hj Ahmad Shah (1984-2014)

Selain pernah menyandang jawatan presiden FAM, baginda juga pernah menjadi presiden AFC pada tahun 2002 dan Asean Football Federation (AFF) pada 2011.

Sultan Ahmad Shah merupakan individu yang bertanggungjawab menyusun dan meningkatkan kualiti dan profesional pentadbiran bola sepak negara secara menyeluruh. Daripada pengenalan Liga semi-Pro, dan liga profesional sepenuhnya sehinggalah kepada peningkatan kualiti pengadil, padang dan juga pembangunan bola sepak negara.

Memang sepanjang lebih 30 tahun pentadbiran Baginda ada naik turun kejayaan negara. Pasukan negara berada dalam keadaan yang boleh dibanggakan dari tahun 1985 – 1989. Persaingan sengit dalam kelayakan Piala Dunia 1985 dengan Korea Selatan dan memenangi pingat emas sukan SEA 1989 merupakan antara kejayaan ketika itu.



5) Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah (2014-2017)

Selain dilantik menjadi Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih menjadi Exco Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015 hingga 2019.

Tengku Abdullah pernah dua kali menjadi Timbalan Presiden FAM. Beliau juga menduduki pelbagai jawatan kuasa bola sepak di dalam negara dan antarabangsa sejak usia muda.

Pengalaman dan ketokohan Abdullah di peringkat antarabangsa terutamanya Asia menjadikan beliau bukan sahaja material Presiden FAM, malah Presiden Persatuan Bola Sepak Asia dan Naib Presiden FIFA


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: MYKMU, Wikipedia