Status agama artis kontroversi Lindsay Lohan masih menjadi perdebatan hingga kini.

Tindakan melupuskan semua gambar seksi di Instagramnya, menukar keterangan bio dengan perkataan Alaikum salam, mendalami ilmu Al-Quran dan berada di negara Timur Tengah baru-baru ini ibarat mengiyakan pelakon itu sudah memeluk agama Islam.

New Fashion Line coming soon .... ? #fashion

A post shared by Lindsay Lohan (@lindsaylohan) on


Lindsay juga pernah mengumumkan bakal melancarkan koleksi hijabnya sendiri.

Bagaimanapun, baru-baru ini spekulasi itu telah dibantah menerusi keterangan ibunya, Dina Lohan kepada media.

Katanya, Lindsay melakukan tindakan itu kerana mahu berehat seketika daripada media sosial.

Selepas polemik itu, pelakon filem Mean Girls itu kembali dengan rancangan televisyen terbaharu pula, The Anti-Social Network.

Dedah Lindsay, 30, menerusi sepotong video yang dimuat naik di laman sosial Twitter miliknya pada Selasa lalu, dia bakal muncul dalam rancangan realiti televisyen terbaharu The Anti-Social Network.

"Aku pencinta media sosial dan akulah media sosial," katanya.

Rancangan televisyen itu akan mengikuti Lindsay mencetuskan huru-hara dalam kalangan peserta media sosial selama 24 jam.

Sementara itu, para peserta akan melakukan tugasan memalukan demi mendapatkan hadiah.

"Semua orang tahu bahawa kita tidak patut meninggalkan telefon bimbit kita merata-rata, terutama kalau aku ada berdekatannya.

"Jadi, caranya aku akan merampas telefon itu dan memanipuasi media sosial anda. Tidak kiralah Instagram, Snapchat, Facebook, Twitter dan semuanya dalam masa 24 jam.

"Kalau anda berjaya melepasi cabaran ini, anda berjaya!" jelasnya.

The Anti-Social Network merupakan rancangan televisyen kedua Lindsay selepas siri dokumentarinya pada tahun 2014.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Fox News, Day Wire