Tidak cukup hanya dalam filem, Avatar bakal membuka taman tema sendiri tidak lama lagi.

Menurut pengarah filem itu, James Cameron, filem itu akan mula beroperasi pada 27 Mei nanti di bawah kelolaan Walt Disney World Resort.

"Taman tema Avatar itu dinamakan Pandora. Ia ibarat sebuah mimpi untuk melihat karakter dan set filem arahan saya menjadi realiti," katanya kepada temu bual bersama ABC News.



Pengunjung akan berpeluang merasai dua buah permainan gergasi di taman tema Pandora iaitu Na'vi River Journey dan Avatar Flight of Passage.

Avatar merupakan naskhah filem sains fiksyen fantasi yang telah diterbitkan pada tahun 2009 dan mencapai kutipan sebanyak 2.78 bilion USD (RM12.7 bilion).





Dalam perkembangan lain, filem kedua Avatar 2 bakal menemui peminatnya pada Disember tahun hadapan.

Malah, francais filem itu juga turut dikeluarkan secara berperingkat pada tahun 2020 (Avatar 3), 2022 (Avatar 4) dan 2023 (Avatar 5).

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Konbini