Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Shahrol Shiro, akui sedang merancang untuk melebarkan sayap dalam bidang nyanyian.

Shahrol Azizie, 33, berkata dia yakin dapat menjadi penyanyi yang hebat kerana telah sekian lama menyimpan hasrat tersebut.

"Saya kini dalam proses untuk mengeluarkan single sendiri, walaupun saya tahu ramai yang akan ketawa bila tahu saya akan menyanyi tetapi percayalah selepas mendengar lagu itu nanti, anda pasti akan suka.

“Lagu tersebut, liriknya sarat mesej berguna dan saya akan cuba sampaikan kepada pendengar menerusinya.

"Malah, lagu yang bakal dinyanyikan itu tidak menyeleweng bahkan ia membuatkan masyarakat berfikir dan mungkin akan ada yang terasa kerana sindiran yang terdapat dalam liriknya,” kata Shahrol kepada Astro Gempak.


Bagaimanapun kata Shahrol, projek terbaharunya itu masih dalam peringkat perbincangan.

“Saya akan bekerjasama dengan Altimet untuk projek ini dan kami ada duduk berbincang mengenai single terbaharu saya itu.

“Buat masa ini, saya ingin memberikan fokus kepada MLM 2017 terlebih dahulu,”ujarnya.

Dalam pada itu, kata Shahrol dia telah bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan pandangan daripada peminat selepas begelar penyanyi nanti.

Kalau nak dengar suara Shahrol menyanyi, jangan lupa saksikan MLM 2017 minggu ke enam bertemakan Muzikal pada Jumaat ini.

Untuk Mengundi Kumpulan Shiro Melalui Undian SMS Di Maharaja Lawak Mega 2017

Taip MLNama peserta atau ML3/5/10/20Nama peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 serta mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi