Penyanyi Hafiz Hamidun, 33, selamat mengikat tali pertunangan dengan pengasas kosmetik yang juga seorang ibu tunggal, Joy Revfa, 30.

Majlis pertunangan itu berlangsung dalam sebuah majlis khas bertempat di The Vanue, Shah Alam kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Ibu Hafiz, Laila Sarji, 54, telah meyarungkan cincin pertunangan di jari manis Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin.

Pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pertunangan tersebut berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat terdekat.

Hafiz bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Terdahulu, Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.