Bersempena dengan Karnival Throwbaek Drama (#KarnivalThrowbaekDrama) yang bakal berlangsung pada 23 sehingga 26 Mac ini di Nu Sentral, jom lepak santai tengok ‘wayang’ bersama pelakon-pelakon kegemaran!

Pelakon ternama seperti Zizan Razak bersama Kamal Adli dan ramai lagi pelakon popular bakal memeriahkan sesi screening bersama peminat di #KarnivalThrowbaekDrama yang bakal berlangsung selama empat hari itu.

BACA: Teringin Nak Jadi Seperti Neelofa & Fattah Amin? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini!

Kamal bersama beberapa lagi pelakon akan memeriahkan sesi screening drama bersiri Black Belt Kaler Pink pada Khamis, 23 Mac 2017, jam 9.00 malam manakala Zizan bersama beberapa orang lagi pelakon akan memeriahkan sesi screening Jula Juli Bintang Cinta yang akan berlangsung pada Ahad, 26 Mac 2017 jam 5.00 petang.

Selain sesi screening, #KarnivalThrowbaekDrama juga akan mengadakan sesi pencarian wajah baru drama serta sesi meet and greet.

BACA: Temui Neelofa, Siti Elizad & Ramai Artis Kegemaran di Karnival Throwbaek Drama!

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda! Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan #KarnivalThrowbaekDrama! Pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama.

Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal