Penyanyi Azlan & The Typewriter akui hubungannya dengan penyanyi Ziana Zain dan Jaclyn Victor masih baik selepas konsert High Note tahun lalu.

"Hubungan saya dengan mereka masih baik seperti biasa dan kami tidak ada apa-apa masalah.

"Tidak adil jika ingin menghukum atau menyalahkan saya kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Ini kerana pihak saya pun masih tidak dapat lagi separuh bayaran tersebut sama seperti mereka," katanya kepada Astro Gempak.

Azlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Konsert Nova 2017, di Terrace Teh Curve, Mutiara Damansara, di sini Selasa.

Tambah Azlan, pihaknya kini sedang dalam proses untuk mengenakan tindakan saman terhadap penganjur konsert tersebut.

Terdahulu, penyanyi Ziana Zain dan Jaclyn Victor telah menyatakan hasrat mereka untuk mengambil tindakan yang sama terhadap pihak penganjur konsert terbabit.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi