Definisi OKU atau Orang Kelainan Upaya adalah amat subjektif dan berbeza.

Tidak semestinya seseorang itu mengalami kecacatan pada badannya, maka dia digelar OKU.

Tetapi, seseorang yang mempunyai masalah dari segi IQ dan pemikiran juga boleh disifatkan sebagai OKU.

Tahukah anda bahawa bintang popular ini sebenarnya mempunyai masalah tersendiri?

Mereka sememangnya kelihatan kacak menerusi kaca televisyen, tetapi siapa yang tahu mereka sebenarnya mengalami masalah tersendiri.



1. David Beckham
Siapa sangka pemain bola sepak dunia ini mempunyai masalah OCD (Obsessive Compulsive Disorder) yang teruk. Dia dikatakan tidak boleh melihat sebarang keadaan atau barang yang tidak disusun dengan rapi. Sekiranya Beckham tidur di sebuah hotel, sebelum pulang dia akan menyusun semula semua barang yang telah digunakan termasuklah makanan ringan di dalam peti sejuk.



2. Justin Timberlake
Penyanyi popular ini juga dikatakan mempunyai masalah yang sama dengan David Beckham. Selain mempunyai masalah OCD yang teruk, dia juga mengalami ADD (Attention Deficit / Hyperactivity Disorder). Mereka yang mengalami masalah ini akan sentiasa tidak duduk diam dan sering bergerak. Kebiasaan mereka yang mengalami masalah ini adalah di kalangan kanak-kanak.



3. Daniel Radcliffe
Hero yang popular menerusi filem Harry Potter ini sebenarnya mengalami masalah Dyspraxia ataupun Developmental Coordination Disorder (DCD). Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami tahap IQ yang rendah dan masalah lemah otot. Pelakon popular ini dikatakan berada pada tahap seserhana, namun ada kala dia akan terjatuh semasa mengikat tali kasut dan tidak dapat mengimbangi badan sendiri. Masalah ini juga boleh berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa.



4. Orlando Bloom
Siapa sangka pelakon kacak ini mengalami masalah Dyslexia. Masalah ini berlaku apabila seseorang ini mengalami kesukaran dalam pembelajaran khususnya membaca dan menulis. Disebabkan penyakit itu, pelakon ini dikatakan telah berusaha keras kerana tuntutan kerjayanya yang memerlukan dia menghafal skrip.

Walaupun mengalami masalah-masalah tersendiri, insan-insan ini telah buktikan pada dunia bahawa penyakit atau masalah itu bukan suatu penghalang untuk berjaya.

Sumber : Era.fm
Olahan : Izzat Ridzwan