Neelofa Rampas Telefon Bimbit Rosyam Nor Sebelum Bermula MLM 2017

20 Mac 2017. 7.28 PM
148,579
Hiburan
Neelofa Rampas Telefon Bimbit Rosyam Nor Sebelum Bermula MLM 2017
Juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Neelofa, telah merampas telefon bimbit Datuk Rosyam Nor sebelum bermulanya MLM 2017.

Menerusi sebuah muatnaik di Instagram (IG) Rosyam Nor, telah berkongsi sekeping gambar bersama Neelofa yang sedang memegang dan memeriksa telefon bimbitnya.

"Salam semua. Maaf tadi silap info. Tu la main copy paste saje. Ampun ya lain kali tak buat lagi. Tapi yang ni betul. Lofa rampas telefon saya dan tengok ada tak awek lain mesej. Jeles la Lofa ni," katanya menerusi entri di IGnya.

Menurut Rosyam, Neelofa telah merampas telefon bimbitnya itu kerana risau jika terdapat perempuan lain yang menghantar mesej kepadanya dan cemburu kerana dia sering memegang telefon sahaja.

Ternyata kapsyen yang dimuatnaik oleh Rosyam itu mendapat komen daripada peminat sehingga ada mengelarkan dia sebagai seorang yang kelakar dan nakal.

"Baik ah Datuk! Caption champion to the max!, Saya bagi 5 Ha! untuk caption ni, Sweet saje bila tengok gambar dan caption ni. Datuk memang nakal kerana suka mengusik lofa sebab dia sentiasa senyum saja," kata peminat menerusi ruangan komen.

Namun, kapsyen yang dimuatnaik oleh Rosyam itu hanyalah sekadar gurauan kepada peminatnya.
 

Selain Rosyam Nor dan Neelofa, MLM 2017 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos turut menampilkan Luna Maya dan Najip Ali yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.
 
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
   
Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen