Anggota kumpulan BTS, Jungkook akui telah lama menjadikan penyanyi Justin Bieber sebagai idolanya.

Menurut laporan Koreaboo, Jungkook mula belajar menguasai bahasa Inggeris selepas mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi itu.

"Saya amat meminati Justin Biber kerana dia mempunyai daya tarikan yang menarik dan bakatnya amat luar biasa.

"Disebabkan Justin, saya telah mengambil pendekatan untuk belajar bertutur menggunakan bahasa Inggeris menerusi lagu-lagu nyanyiannya.

"Saya berharap agar suatu hari nanti dapat berjumpa dengan penyanyi itu dan merakam sebuah lagu duet bersama," katanya.

Terdahulu, Jungkook pernah menjadi topik perbualan hangat di media sosial apabila merakamkan video nyanyian semula lagu-lagu popular Justin di Youtube.

Rata-rata peminat berharap agar suatu hari nanti Jungkook dapat berduet bersama Justin di atas satu pentas.