Selepas tular di Internet dua hari lalu gara-gara memiliki wajah mirip penyanyi Aiman Tino, Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Pyka memberitahu dia dikecam teruk hingga dipanggil bodoh.
"Hampir setiap minit saya menerima pengikut baru di Instagram dan mesej bertalu-talu. Ada yang memaki-maki saya sampai panggil saya bodoh tapi ramai juga yang memberikan kata-kata positif.
"Awal-awal memang terkejut sebab dapat komen yang macam-macam, sampai ada yang tag akaun Aiman Tino di gambar-gambar saya. Stress pun ada sebenarnya.
"Tapi selepas sehari dua, saya lebih tenang, tak rasa nak marah atau tertekan lagi," katanya eksklusif kepada Astro Gempak.
Pyka, 18, menegaskan dia tidak terkesan apabila disamakan dengan penyanyi lelaki itu namun menyifatkan perbuatan menyamakan wajah mereka satu perkara yang melucukan.
"Memang ada kawan-kawan tegur yang muka saya macam Aiman Tino, mungkin daripada sudut tepi. Tapi saya tetap tidak merasakan kami seiras," tegasnya.
Bercerita mengenai penangan selepas tersebarnya gambarnya yang disunting bersebelahan Aiman Tino, kata gadis kelahiran Pahang itu, dia terkejut apabila ada individu yang tiba-tiba menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika dia berhenti di lampu isyarat.
"Semalam ada yang menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika saya berhenti di lampu isyarat.
"Masuk ke sebuah restoran pula ada yang terjerit-jerit cakap Aiman Tino datang makan. Malah ketika di kedai mak saya pun sekarang saya terpaksa bersembunyi di dapur sebab ada pelanggan datang cakap nak jumpa Aiman Tino," luahnya.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa Pyka dan kenapa tiba-tiba gambarnya tular di media sosial baru-baru ini. Jadi, kami kongsikan info menarik mengenai gadis tersebut.
1) Anak jati Temerloh, Pahang
Pyka merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang dan beberapa kali bertukar sekolah. Kali terakhir menuntut di SMK Abu Bakar dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
"Alhamdulillah, saya lulus semua subjek SPM tahun lalu. Buat masa ini tiada perancangan untuk melanjutkan pelajaran lagi," katanya yang ingin membantu keluarga dalam bisnes.
2) Anak ketiga daripada 5 beradik
Mempunyai lima adik-beradik dan merupakan anak ketiga. Salah seorang daripada abangnya sering dikatakan berwajah seakan-akan sama dengan Pyka.
"Saya anak perempuan sulung dalam keluarga dan orang selalu cakap wajah saya dan abang saya hampir sama. Mungkin ikut muka ayah," katanya.
3) Keluarga suka bisnes
Kedua-dua ibu dan ayahnya mengusahakan perniagaan makanan dengan membuka restoran. Cawangan pertama Nasi Ayam Kak Mala di Temerloh kini sudah melebarkan sayap dengan membuka dua cawangan tambahan di Bera.
4) Bakat berlakon
"Saya tak pandai menyanyi tapi minat berlakon dan menari. Ketika bersekolah di Jerantut saya pernah menyertai kelab teater dan beberapa kali berlakon atas pentas," tambah Pyka.
5) Jaguh bola jaring
Minat bersukan sejak kecil dan gemar bermain sukan bola jaring.
"Selalunya saya akan menjaga bahagian pertahanan.
"Paling tinggi pun pernah bertanding di peringkat Sukan Remaja di Pahang pada tahun 2015. Selebihnya hanya wakil sekolah sampai daerah," ujarnya.
6) Tidak kenal Aiman Tino
Pyka mengakui dia tidak mengenali Aiman Tino sehingga gambarnya tular di Internet, namun pada masa sama khuatir situasi ini akan menjejaskan nama penyanyi itu.
"Sebelum viral, kawan-kawan ada memberitahu bahawa wajah saya mirip Aiman Tino tapi jujur saya katakan saya kurang mengenalinya sampailah dua hari lepas," kata Pyka.
Mahu bertemu Aiman Tino? Jawab Pyka: "Entahlah, saya takut sebab orang cakap nanti saya akan tengok cermin."
7) Semakin popular
"Pada mulanya saya cuma ada lebih kurang 4,000 pengikut di Instagram, sekarang sudah mencecah 8,000 orang. Memang terkejut!" jelasnya.
8) Pernah jual tudung
Mula berjinak-jinak dalam bidang bisnes sejak tahun lalu selepas habis peperiksaan SPM dengan menjual tudung secara online menggunakan jenama qasyascarf.
"Kini saya lebih gemarkan bisnes makanan dan mula menjual churros di restoran milik ibu saya," kata Pyka.
Teks oleh: Amri Hassan
Syafiqah Jalal
Mon Mar 20 2017
Adira, Datuk Red Akhirnya Bercerai!
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.