Pelakon dan penyanyi Indonesia, Julia Perez (JuPe) akui risau menunggu keputusan hasil imbasan (CT Scan) yang dirujuk oleh doktornya ke sebuah makmal hospital di Jepun.

Menurut laporan Kapanlagi.com, penyanyi dangdut yang berusia 36 tahun itu masih menantikan keputusan imbasan tersebut untuk melakukan rawatan lanjut bagi mengubati penyakit yang dihidapi.

"Hasil imbasan Ct Scan Julia telah dihantar ke sebuah hospital di Tokyo untuk mengetahui punca sebenar penyakit yang dihadapi olehnya.

"Ini kerana hanya di Tokyo sahaja terdapat mesin khas untuk merawat penyakit yang dihidapi Julia.

"Berdasarkan hasil keputusan itu nanti baru doktor akan mengetahui rawatan susulan yang perlu dilakukan untuk mengubati penyakit tersebut," kata Hanung, rakan baik kepada Julia.

Julia kini sedang terlantar di hospital akibat kanser serviks.