Dua hari lalu, seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah menjadi viral apabila dia tiba-tiba muncul dalam sesi temu bual bapanya menerusi portal berita BBC, Profesor Robert E.Kelly.

Video laporan tentang krisis politik yang berlaku di Korea Selatan itu telah mendapat jutaan tontonan apabila anak kepada profesor itu telah masuk kedalam bilik bapanya yang sedang melaporkan berita dan turut kelihatan isterinya yang panik dengan kelakuan anak mereka itu.

Ekoran peristiwa itu, Profesor Robert E.Kelly telah muncul dalam satu sidang akhbar bersama anaknya, Marion Kelly, James dan isterinya, Kim.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku ketika temu bual Profesor Robert bersama BBC Ahad lalu.

Apa yang menarik semasa sidang akhbar itu, Marrion telah sekali lagi mencuri perhatian orang ramai dengan kecomelan, gelagat dan cara pemakaiannya yang dikatakan amat lucu.

Si cilik berusia empat tahun itu dilihat memakai trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu yang membuat dia kelihatan comel seperti lagak orang dewasa.

Selain itu di media sosial, orang ramai mula memberikan komen tentang gelagat Marrion dan ada di antara mereka yang mula sukakan kanak-kanak itu selain mereka turut menyatakan bahawa dia adalah seorang anak yang bijak.

Berikut kami kongsikan komen-komen netizen mengenai keluarga tersebut dan video temu bual bersama BBC.










Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : Astro Awani