Pengalaman menjelajah ke Hokkaido, Jepun selama empat hari pada awal Mac lalu merupakan satu memori manis yang tak akan dapat dilupakan.

Dibawakan menerusi penerbangan terus pesawat AirAsia X yang singgah empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo, Astro Gempak diberikan peluang keemasan oleh JTB Hokkaido Corp untuk melawat destinasi menarik di kawasan timur Hokkaido.

BACA: Jika Berkunjung Ke Hokkaido, Anda Wajib Lawati 10 Tempat Ini

Selain mengamati pemandangan yang indah serta menyelami sendiri budaya masyarakat di sana, Astro Gempak turut menginap di beberapa buah hotel yang sangat menarik.

Menerusi artikel ini, Astro Gempak kongsikan 4 hotel pilihan di sekitar timur Hokkaido:

Hotel Kangetsuen Tokachigawa Onsen

Terletak di daerah Kato, Hokkaido, hotel ini harus anda diami sekiranya anda bermalam di sana. Dekat dengan beberapa tempat menarik seperti Garden Spa Tokachigawa Onsen dan Sairinka Winter Festival, hotel ini turut menyediakan makanan laut yang enak, sesuai untuk golongan Muslim.

Hotel ini juga menyediakan Onsen (kolam air panas Jepun) yang besar dan menarik untuk pengunjung hotel. Jika anda malu untuk mandi beramai-ramai, jangan risau kerana terdapat hotel ini menyediakan Onsen peribadi di dalam beberapa buah bilik terpilih.

Laman web: http://www.kangetsuen.com/











Hotel Tsuruga Akan Yuku No Sato

Hotel menarik ini terletak di daerah Kushiro, Hokkaido dan bersebelahan dengan Lake Akan. Terdapat beberapa pilihan bilik yang boleh didiami oleh pengunjung, sama ada mahu merasai pengalaman tidur seperti warga Jepun menggunakan Tatami (katil ala Jepun) atau katil biasa.

Hotel ini juga sangat dekat dengan beberapa tempat menarik seperti tasik, pergunungan untuk merasai pengalaman bermain salji dan ski serta perkampungan terbesar masyarakat Ainu (orang asli Jepun). Makanan yang disajikan juga enak-enak belaka!

Laman web: http://www.tsuruga.com/















Hotel Sounkyo Kanko

Hotel ini sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke daerah Kamikawa, Hokkaido. Rasai sendiri pengalaman menarik tinggal di lereng bukit dengan panorama yang sangat memukau. Ketika kunjungan dilakukan, musim sejuk masih berlangsung dan pemandangan sangat menakjubkan.

Hotel ini juga popular dengan sajian buffet yang begitu menyelerakan. Jangan lupa berkunjung ke beberapa tempat menarik seperti Sounkyo Hyobaku Ice Waterfall Festival dan Ryusei & Ginga Waterfalls yang terletak berhampiran dengan hotel ini.

Laman web: http://en.sounkyo-kankou.co.jp/















Hotel ANA Crowne Plaza


Hotel yang berada di daerah Chitose, Hokkaido ini sangat sesuai untuk anda diami sebelum bergerak ke lapangan terbang. Jaraknya yang hanya 10 minit dari New Chitose Airport menjadikannya pilihan untuk pengunjung yang bermalam dan ingin menaiki penerbangan di pagi hari.

Kemudahan transfer juga disediakan oleh pihak hotel dan memudahkan tetamu untuk ke lapangan terbang. Biliknya yang selesa serta dekat dengan beberapa tempat tumpuan seperti pasar raya AEON dan beberapa restoran menjadikannya sebagai pilihan utama pelancong.

Laman web: https://www.ihg.com/crowneplaza/hotels/us/en/hokkaido/ctsja/hoteldetail











Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Booking.com