Bintang realiti Akademi Fantasia musim ke-4, Nur Farhan Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan, 32, telah selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.30 malam tadi di Hospital Putrajaya.

Farhan memberitahu Astro Gempak, dia terpaksa bersalin dua minggu awal kerana masalah kesihatan yang dihidapi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak mengirimkan doa.

"Tak sabar rasanya mahu memulakan kehidupan sebagai ibu," katanya.



Selain dinasihatkan untuk bersalin awal dua minggu daripada tarikh jangkaan, Farhan juga terpaksa bersalin menggunakan teknik pembedahan C-Section.

Farhan telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Ahmad Rashadan Suhaimi pada 10 Oktober 2014.

Teks oleh: Amri Hassan