Aktor Batman v Superman: Dawn of Justice, Ben Affleck, 44, akui ingin menjadi ayah yang baik selepas berjaya menjalani rawatan ketagihan alkohol sejak tahun 2001.

Menurut laporan E! Online, Affleck telah memuatnaik status di laman sosial Facebook miliknya dengan memberitahu, rawatannya kini telah tamat sepenuhnya dan berharap agar perkara itu dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai.

"Saya telah berjaya menghabiskan rawatan ketagihan alkohol sejak 16 tahun lalu dan ia bukan sesuatu yang mudah.

"Saya lakukan ini demi anak-anak dan ia bukan sesuatu yang memalukan kepada mereka.

"Saya juga berharap agar perkara ini dapat dijadikan inspirasi kepada mereka di luar sana yang memerlukan bantuan, tetapi takut untuk mengambil langkah awal dengan melakukan rawatan.

Sumber, mendedahkan Affleck kini pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan seimbang tanpa alkohol.

Tambah sumber itu lagi, keputusan Affleck mahu menjalani rawatan di pusat pemulihan tiada kaitan dengan bekas isterinya, Jennifer Garner.