Video seorang gadis dari Fillipina sedang melakukan tutorial solekan di atas sebuah kenderaan bergerak telah menjadi viral.

Walaupun sukar, namun hasil solekannya sangat mengejutkan!

Lebih mengagumkan apabila gadis yang berasal dari Iloilo City itu berjaya bersolek tanpa sebarang melakukan sebarang kesilapan dan tiada peralatan yang jatuh dari kenderaan tersebut.

Video tersebut juga telah mendapat lebih sejuta tontonan dalam masa setengah hari ia dimuatnaik menerusi Facebook dan telah mendapat sebanyak 27,000 perkongsian.

Selain sibuk bersolek di atas kenderaan, gadis itu turut bertegur sapa dengan penduduk dan perkara tersebut kelihatan lucu.

Di sini Astro Gempak kongsikan video tutorial gadis tersebut:



Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : news.abs-cbn.com