Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) kumpulan Masin dianggotai Mamat, Vicha dan Jiggy akui masih mencari keserasian dalam persembahan mereka.

Menurut Vicha, sebagai kumpulan yang menggabungkan tiga buah negara, membentuk persefaham bukan perkara mudah.

Tambahan lagi, latar belakang setiap orang adalah berbeza.

"Kami sebenarnya masih mencari keserasian di antara satu sama lain untuk mendapatkan idea yang terbaik.

"Latar belakang dan budaya yang berbeza juga antara punca kami bercanggah idea tetapi kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada penonton setiap minggu.


"Sebagai kumpulan underdog kami masih bereksperimen dalam mencari bahan lawak.

"Namun, apa yang kami boleh janjikan adalah untuk melakukan persembahan terbaik dengan strategi yang tersendiri dalam MLM 2017," katanya kepada Astro Gempak.

Masin merupakan tiga gabungan buah negara iaitu Malaysia (Jiggy), Indonesia (Vicha) dan Singapura (Mamat).

Minggu kelima MLM 2017 ini bertemakan 'Pekerjaan Luar Biasa'.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi