Pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2), Laudya Cynthia Bella dan aktres Emma Maembong boleh diibaratkan sebagai pasangan kembar kerana memilki wajah seiras.

Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik oleh kedua-dua wanita cantik ini di akaun Instagram (IG), ternyata gaya tudung dan cara pemakaian mereka juga hampir sama.

Memiliki wajah kacukan, berbulu mata lentik, berkulit putih dan tuturkata yang lembut membuatkan mereka saling tidak tumpah seperti pelanduk dua serupa..

Menariknya lagi, secara kebetulan Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 25, telah memegang watak sebagai Bella menerusi filem terbaru Kimchi
Untuk Awak yang bakal ditayangkan pada 30 Mac ini.

Manakala Bella pula merupakan nama singakatan bagi pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Disini Astro Gempak senaraikan beberapa foto yang menunjukkan persamaan wajah antara Emma dan Bella.







Teks oleh: Mya Amri