Seperti semua tahu, tidak mudah untuk menjadi artis popular di negara Korea Selatan terutama penyanyi berkumpulan.

Bakat sahaja tidak cukup untuk meraih pendapatan yang lumayan di negara tersebut.

Bagi kumpulan K-Pop wanita, Black Pink, terdapat enam syarat yang perlu mereka patuhi selepas menandatangani kontrak untuk menjadi artis.

"Enam perkara yang dilarang oleh jurulatih kami sebelum menjadi artis ialah bercinta, minum arak, memandu, berparti, merokok dan melakukan pembedahan plastik," kata anggota kumpulan itu, Jisoo dan Rose dalam sebuah temu bual bersama stesen radio MBC baru-baru ini.



Kumpulan yang terdiri daripada empat anggota itu dilatih di bawah YG Entertainment yang sebelum ini pernah melatih anggota kumpulan Big Bang dan 2NE1.

Menerusi label berkenaan, Black Pink meraih populariti melalui lagu hits Boombayah dan Whistle pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun jawapan yang diberikan anggota kumpulan itu membangkitkan soalan hos Kim Gu Ra. Tanyanya: "Dalam kalangan semua anggota senior dalam agensi itu, sudah pasti ada yang melakukan pembedahan plastik bukan?"

Jisoo menepis dakwaan itu dengan berkata: "Segalanya mungkin jika kita berbincang dengan agensi masing-masing."



Saksikan dramaThe Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com.

Drama 10 episod ini merupakan drama Korea online pertama yang ditayangkan di Gempak.com.

Untuk menonton episod penuh, KLIK DI SINI



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Allkpop