Pelawak Fad Bocey dan isterinya, Nur Syahirah A. Rahman menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka semalam.

Isterinya, Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syeera telah memberikan ucapan 'sweet' bersempena hari istimewa tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.

Menurut Syeera dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab seperti Fad.

Malah sepanjang dua tahun usia perkahwinan mereka, Fad banyak bersabar dengan karenah dan menjaga hatinya sebagai seorang isteri.

"Tiada apa yang lebih indah dari selalu ada untuk awak.

"Terima kasih untuk hadiah tak ternilai mempunyai seorang suami macam awak.

"Tak perlu ditulis segala kebaikan tapi cukup mommy nak ucap terima kasih sebab selalu letak mommy sebagai keutamaan.

"Semoga Allah selalu melindungi rumah tangga kita.

"Semoga kita semakin kuat untuk menjaga dua amanah Allah dengan sebaiknya. Happy Anniversary, suami,"
tulisnya.

Terdahulu, Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan Syahirah telah bernikah pada Mac 2015.

Pasangan ini dikurniakan anak lelaki kembar, Hayyan dan Zayyan pada Disember 2015.

Teks oleh: Mya Amri

Tiada apa yang lebih indah dari selalu ada utk awak .terima kasih utk hadiah tak ternilai mempunyai seorang suami mcm awak .daddy ingt ni ,apa pon kita lalu ,perit mcm mna pon jalan yg kita pilih ,susah mcm mna pon keadaan kita ,benci mcm mna pon setiap kali ada masalah ,ingatlah cuma kita dua yg akan sentiasa ada utk satu sama lain dan insyaAllah sampai ke syurga .tak perlu di tulis segala kebaikan tapi cukup mommy nak ucap terima kasih sebab selalu letak mommy sebagai keutamaan dan selalu cuba untuk jaga hati mommy dlm apa keadaan sekalipun .walaupun baru 2 tahun tapi pada sy sepanjang dua tahun ni lah hubungan rumahtangga kita banyak mengajar erti 'sabar' .semoga Allah selalu melindungi rumahtangga kita .semoga kita semakin kuat utk menjaga dua amanah Allah dengan sebaiknya .mommy ,hayyan dan zayyan sentiasa mendoakan yang terbaik utk daddy .ingat yang mommy insyaAllah akan ada masa susah senang daddy ?Happy Anniversary ,Suami ❤️

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on