Pasangan serasi, Shuib dan Siti Sarah mengakui tidak pernah merancang percutian bersama anak-anak kerana bimbang mengecewakan mereka.

“Saya selalu sibuk kerana setiap hari berada di konti, dan kadang-kala saya terlalu sibuk kerana terikat dengan beberapa ‘show’.

“Sebab itu bila bercakap mengenai percutian, saya rasa itu perkara subjektif kerana saya dan isteri jika mahu bawa anak-anak bercuti selalunya ia secara tiba-tiba dan kami tidak pernah rancang.

“Bukannya apa, saya takut jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan itu sudah tentu akan mengecewakan Uwais Alqarni, Zakira Talita Zahra dan Ariq Martin,” katanya.

Oleh sebab itu Shuib dan Sarah tidak melepaskan peluang bercuti bersama Genki! Pants di tanah tinggi Cameron Highland baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pasangan suami isteri ini bersama tiga anak mereka dan yang pastinya Genki! Pants telah menggembirakan Shuib dan keluarganya.

Untuk menyaksikan yang selanjutnya mengenai percutian Shuib, Sarah bersama tiga orang anak mereka yang comel bersama Genki! Pants, jangan lupa untuk saksikan WOW Bersama Genki! setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) & Astro Ria HD (saluran 123).

WOW Bersama Genki! dibawakan oleh Genki! Pants pasti mengagumkan si manja dengan keselesaan bagai dilapik kelembutan awan!

Untuk memenangi percutian selama tiga hari dua malam bersama keluarga, jangan lupa layari laman web: www.wowbersamagenki.com.my