Penyanyi dan penulis lirik Ed Sheeran bakal muncul dalam francais ketujuh drama bersiri popular HBO, Game Of Thrones.
Pendedahan itu dibuat sendiri oleh penerbit drama berkenaan, David Benioff dan DB Weiss dalam satu acara baru-baru ini.
Penyanyi lagu Shape of You itu turut mengesahkan pembabitannya menerusi kemaskini di laman sosial Twitter semalam. Tulis Sheeran, 26; "Guess the cat's out the bag..." yang secara tidak langsung memberikan klu kepada teka-teki tersebut.
Bercakap kepada media, Benioff dan Weiss memaklumkan mereka telah menyunting Sheeran untuk berlakon dalam drama tersebut memandangkan pelakon utamanya merupakan peminat fanatik penyanyi itu.
"Bertahun-tahun lamanya kami cuba mendapatkan Sheeran untuk drama ini untuk memberikan kejutan buat Maisie Williams dan akhirnya pada tahun ini kami berjaya mendapatkan dia," katanya ketika acara South by Southwest Festival di Austin Texas baru-baru ini.
Maklumat lanjut mengenai watak Sheeran dalam drama bersiri itu bagaimanapun masih dirahsiakan.
Drama siri bergenre fantasi itu akan memulakan siaran pada bulan Julai hadapan.
Sheeran bukanlah penyanyi pertama yang mendapat cameo dalam drama bersiri itu. Sebelum ini anggota kumpulan Coldplay, Will Champion dan Gary Lightbody (Snow Patrol) pernah muncul dalam beberapa episod Game Of Thrones.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: The Guardian
Syafiqah Jalal
Tue Mar 14 2017
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.