Tidur merupakan salah satu perkara wajib yang kita lakukan setiap hari. Namun, ramai di antara kita yang mungkin tidak sedar apa sebenarnya berlaku pada diri kita ketika sedang tidur kan?
Berikut kami kongsi perkara-perkara pelik yang berlaku ketika anda sedang tidur dan mungkin tidak pernah anda sedari.
Kredit foto : essilorindia
1. Mata Anda Bergerak Pantas
Mungkin ramai di antara kita yang tidak pernah tahu tentang perkara ini kan? Sebelum kita benar-benar tidur lena, terdapat beberapa peringkat yang akan kita alami. Peringkat terakhir dan yang paling aktif adalah selepas 60-90 minit setelah mata terlelap. Ketika inilah mata kita akan kerap bergerak ke belakang dan hadapan untuk memberi fokus pada mimpi.
2. Otot Menjadi Lumpuh
Penah tak sejurus anda bangun pagi dan tidak boleh menggerakkan anggota tubuh untuk beberapa saat? Hal ini berlaku kerana minda anda terjaga sebelum badan anda bersedia untuk bangun. Hal ini boleh berlaku walaupun mata anda sudah terbuka luas.
Kredit foto : valleysleepcenter.com
3. Bercakap Dalam Tidur
Perkara ini mungkin pernah berlaku pada anda atau pasangan anda. Bercakap dalam tidur atau Somniloquy adalah antara tabiat yang dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak berumur dari tiga hingga 10 tahun. Kajian mendapati bahawa perkara ini berlaku dalam masa satu jam atau dua jam setelah kita tidur lena.
4. Hormon Pembesaran (HGH) Dibebaskan
Human Growth Hormone atau HGH ini akan dibebaskan ketika kita sedang tidur dan tahukah anda bahawa hormone ini membantu dari segi memperbaharui otot-otot, tisu dan tulang. Selain itu ia juga membantu untuk mengekalkan keremajaan pada wajah anda.
Kredit foto : audiomack.com
5. Terasa Seperti Terjatuh
Pernahkah anda alami saat di mana sebaik sahaja anda melelapkan mata dan terlena, tiba-tiba anda rasa seperti terjatuh lalu terjaga? Hal ini disebabkan anda terlalu mengantuk atau kekurangan tidur, dan badan anda belum bersedia untuk tidur tetapi minda anda disebaliknya.
6. Tekak Menjadi Sempit
Ketika anda tidur, otot tekak akan membesar dan menyebabkan kerongkong menjadi sempit, lalu ia akan mengganggu pernafasan. Dari sinilah puncanya mengapa seseorang itu boleh berdengkur.
Selain dari enam tabiat di atas, terdapat pelbagai lagi perkara pelik yang boleh berlaku ketika tidur. Kebanyakan daripanya tidak berbahaya dan boleh dirawat. Namun sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama, anda mungkin memerlukan nasihat doktor untuk merawatnya.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : Era.fm, Menshealth.com, Lelakisihat.com
Syafiqah Jalal
Mon Mar 13 2017
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.