Bapa kepada bintang Bollywood terkenal Aishwarya Rai, Krishnaraj Rai dilapor berada dalam keadaan kritikal di Hospital Lilavati, Mumbai.

Krishnaraj Rai dikatakan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut dan Aishwarya Rai bersama suami Abhishek Bachan dikatakan turut berada di hospital, pada malam Selasa lalu.

Bapa kepada pelakon filem Dhoom 2 itu telah dikejarkan ke hospital dua minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan berikutan penyakit kanser yang dialaminya.

Krishnaraj sepatutnya pulang ke rumah setelah selesai jalani rawatan, namun dihantar ke ICU kerana keadaannya yang semakin kritikal.

Aisywarya yang sedang bercuti di Dubai terpaksa bergegas pulang ke India selepas dimaklumkan oleh keluarga tentang keadaan bapanya itu.

Sementara itu suami Aishwarya, yang berada di New York, Amerika Syarikat bergegas pulang ke India sebaik sahaja dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Dalam pada itu, para peminat Aishwarya dan Abhishek telah mengucapkan takziah dan kata-kata semangat kepada selebriti kesayangan mereka itu.

Mereka turut mendoakan bapa Aishwarya pulih dengan segera.


Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber : The Time Of India
Foto : Fropky.com, Sekho.in