Pelakon Syatilla Melvin dilihat teruja apabila mendapati bayi dalam kandungannya tersenyum ketika melakukan imbasan ultrasound.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi sekeping foto imbasan ultrasound bayinya yang kelihatan seperti tersenyum.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

Tadi pi tengok dia, sekali dia senyum laaa kat mak pak dia...haih doakan yang baik2 naa.amin

Tadi p tgok dia,sekali dia senyum laaa kat mak pak dia??haihhh doakan yg baik2 naa.amin❤

A post shared by *S Y A T I L L A M E L V I N* (@samtilla) on


Entri yang mendapat lebih 16,663 like dan 127 komen itu menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan kejadian tersebut.

Pengikut laman sosial juga turut mendoakan agar segala urusan Syatilla dipermudahkan sehingga dia melahirkan nanti.

Teks oleh Syafiqah Jalal