Amboi! Bukan main sakan bercuti pelakon kita seorang ni. Seronok sungguh Adrea Abdullah melancong sampai ke Australia.

Cuma Miss K teringin juga nak tahu, bercuti ke honeymoon? Sebab kalau Miss K tengok gambar-gambar yang Adrea muat naik di Instagram dengan kapsyen romantik-romantik ni macam tengok episod pasangan bulan madu.

Paling penting Adrea siap lukis tatu rama-rama sementara lagi kat bahagian dada. Bikini itu sudah pasti! Terus mata Miss K terpandang situ.

Miss K sukalah tahap keyakinan Adrea!

Miss K perasan pelakon filem Kahwin 5 ini ke Australia sudah seminggu. Mungkin ada urusan kerja sebelum sambung bercuti atas kapal persiaran dengan jejaka kacak itu.

Apapun, tumpang seronoklah juga tengok pasangan itu ber-snorkeling sampai ke Great Barrier Reef! Teringin juga Miss K nak berbikini dan berjemur atas kapal di Laut Andaman sana.

Jadi, Miss K kongsikanlah gambar-gambar menarik Adrea dan pasangan sepanjang bercuti di Australia.










Such wonderful experiences snorkeling at the breathtaking Great Barrier Reef! Can't wait to download the underwater pictures and videos soon! ???? #greatbarrierreef #Dreamtrips #snorkeling #adreaandzulvideo #dreamtripwithmydreamguy #cairns #Cairnsdreamtrip #travelforaliving #travelpaysus #ilovemyjob #zerocosttravel #blessed #comejoinus #adreaandzuldreamtrips @zulselamat #greatbarrierreef

A post shared by Actress turn Travelpreneur (@adreaabdullah) on


Miss K: Tak sabar nak tengok Maya Karin kembali berlakon filem seram.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!

Kredit foto: IG @adreaabdullah, IG @zulselamat