Buat anda yang bercadang untuk bercuti bersama keluarga sempena musim cuti sekolah yang akan datang, kami cadangkan untuk ke tempat-tempat menarik ini. Buat apa membazir wang ke luar negara sedangkan di Malaysia pun ada tempat yang cantik macam ni kan? Berikut kami kongsikan tempat-tempat menarik dalam negara yang buat anda rasa seperti berada di New Zealand;


Kredit gambar : Blogger/David Wall

1. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, Sabah VS Mount Egmont
Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Kundasang, Sabah ini amat terkenal dengan pemandangan cantiknya yang seakan dengan Mount Egmont yang terletak di New Zealand. Jika anda berkunjung di Cattle ini, bergambar dengan latar belakang gunung-ganang hijau dan sekawan lembu hitam putih adalah perkawa wajib untuk dilakukan.


Kredit gambar : Azman Jumat/Getty

2. Pulau Sipadan, Sabah VS Split Apple Rock Beach
Pulau Sipadan merupakan antara pulau tercantik untuk aktiviti menyelam skuba. Jika anda berkunjung di pulau ini, anda akan berpeluang untuk meneroka hidupan laut unik yang mungkin belum pernah dilihat sebelum ini. Pulau ini juga dilihat seakan-akan sama dengan Split Apple Rock Beach yang terletak di selatan New Zealand.


Kredit gambar : Michele Mazzoli/Veritas 19Deviantart

3. Ladang Teh, Cameron Highland VS Forgotten World Highway
Ladang teh yang paling popular di Pahang ini sememangnya merupakan antara lokasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Namun tahukah anda bahawa tempat ini juga kelihatan sama dengan sebuah kawasan pergunungan di New Zealand?


Kredit gambar : Reuters/The Guardian/SAYS

4. Gua Niah, Sarawak VS Nikau Cave
Bagi penggemar aktiviti sukan lasak, Gua Niah adalah lokkasi yang wajib anda kunjungi di Malaysia. Terletak di kawasan pedalaman Miri, Sarawak, gua ini merupakan gua batu kapur yang terbesar di dunia. Manakala di New Zealand pula, terdapat sebuah gua yang dipanggil Nikau Cave, terletak di Auckland kelihatan sama seperti Gua Niah.


Kredit gambar : Shahrul Zaman Abdul Rahman/American Julie

5. Tasik Huffaz, Kuala Kubu Bharu VS Mirror Lakes, Milford Sound
Keindahan pemandangan di Tasik Huffaz yang terletak di Rawang ini kelihatan sama seperti Mirror Lakes, Milford Sound di New Zealand. Penggemar fotografi pasti takkan lepaskan peluang untuk menikmati saat matahari terbenam dan air tasik yang kelihatan seperti cermin.


Kredit gambar : Skyline Queenstown/Blogger

6. Cabel Car, Langkawi, Kedah VS Queenstown
Jika di New Zeland mereka boleh menaiki cable car di Queensbay dan menikmati pemandangan indah, begitu juga di Malaysia. Menaiki cable car di Langkawi juga adalah salah satu aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Malaysia tanpa perlu berbelanja mahal seperti di New Zealand.


Kredit gambar : amrufm/WhereverWithYou

7. Taman Negara Bako, Sarawak VS Piha Beach
Taman negara yang terletak di sempadan Sabah dan Sarawak ini amat menarik untuk di kunjungi kerana ianya kelihatan amat sama seperti Piha Beach yang terletak di Aucland, New Zealand.


Kredit gambar : viewinn/trover

8. Canopy Walk di Taman Negara, Pahang VS Rotorua
Bagi penggemar aktiviti canopy walk, Taman Negara Pahang adalah tempat yang paling sesuai untuk anda kunjungi dan membuat anda rasa seperti berada di Rotorua, New Zealand.


Sumber : Says.com, TripZilla.com, Bolehbah.com
Olahan oleh : Izzat Ridzwan