Menerusi sebuah entri di laman Twitter milik penyanyi Hafiz Hamidun beberapa hari lalu, pelantun lagu Jodoh Berdua itu mahu mengambil tindakan terhadap sebuah gedung fabrik.
Hafiz mahu mengambil tindakan undang-undang kepada gedung fabrik itu kerana menghasilkan kain menggunakan nama 'Hafiz Hamidun' tanpa kebenaran.
Tindakan tersebut diambil selepas pihak guaman Hafiz telah berhubung dengan gedung tersebut dan tiada jawapan selepas tempoh 14 hari.
"Saya tidak tahu pun adanya penjualan fabrik menggunakan nama saya sebagai jenama di gedung tersebut. Peminat saya yang memberitahu saya mengenai perkara ini.
"Mereka memuji kualiti kain tersebut dan saya dimaklumkan, fabrik tersebut mendapat permintaan tinggi dan sering habis dijual.
"Saya melakukan penyiasatan dan mereka menggunakan nama Hafiz Hamidun yang dicetak sebagai nama dan label fabrik tersebut. Saya berbincang dengan peguam mengenai perkara ini.
"Pihak peguam memberikan notis 14 hari kepada gedung tersebut untuk selesaikan perkara ini, namun begitu tiada sebarang respon dari pihak mereka.
"Saya akan mengambil tindakan undang-undang dan bakal memanjangkan perkara ini ke mahkamah," kata Hafiz ketika ditemui oleh Astro Gempak.
Dalam pada itu, wujud segelintir netizen yang menggelarkan Hafiz sebagai seorang yang 'perasan' dan berpendapat bahawa Hafiz tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang kerana ada kemungkinan nama Hafiz Hamidun yang dicetak pada fabrik tersebut adalah milik orang lain.
"Ada sesetengah netizen mengecam saya. Memang saya perasan, kain tersebut memang guna nama saya. Selain menyanyi, saya juga menjalankan perniagaan kurta, jubah dan sebagainya.
"Album studio saya juga menggunakan nama saya. Nama saya sudah menjadi jenama saya. Saya mempunyai 2.3 juta pengikut di laman Facebook, 474,000 pengikut di laman Twitter dan 566,000 pengikut di laman Instagram.
"Ada peminat terpengaruh untuk membeli kerana fabrik tersebut menggunakan nama saya. Ini bukan perihal saya popular atau tidak, saya dikenali atau tidak, tetapi perkara ini tidak seharusnya terjadi.
"Mereka menggunakan nama saya untuk meraih keuntungan. Saya juga tidak melenting dan bukannya saya tidak boleh dibawa berbincang. Saya mencari penyelesaian menerusi cara yang betul.
"Peguam saya sudah menghantar notis selama 14 hari tetapi tiada jawapan, jadi saya hanya bertindak membuat langkah seterusnya mengikut nasihat pihak guaman saya," katanya lagi.
Hafiz juga kesal kerana kerana selepas notis dihantar, gedung fabrik tersebut telah mengikis huruf H daripada cetakan kain tersebut.
"Bayangkan, selepas 14 hari, mereka tidak memberi sebarang respon tetapi menerusi tinjauan yang dilakukan, pihak gedung itu telah mengikis huruf H. Jadi, kain 'Hafiz Hamidun' telah menjadi kain 'Afiz Amidun'.
"Perkara yang mereka lakukan seakan mempermainkan saya. Saya menghantar notis mengikut saluran yang betul, tetapi tidak berjawab, lebih teruk, mereka mengikis huruf H," katanya mengakhiri temubual.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Thu Mar 09 2017
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.