Salah seorang anggota kumpulan kumpulan Big Bang, Top dilaporkan tidak menghadiri majlis istiadat tamat latihan di pusat ketenteraannya, Nonsan Army Training kerana penyakit misteri.

Top, atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun telah melapor diri bagi menyertai program latihan ketenteraan yang wajib diikuti oleh semua lelaki di Korea Selatan itu pada 9 Februari lalu.

Namun setelah selesai menjalani sesi latihan boot camp, penyanyi tersebut dikatakan tidak menghadirkan diri pada majlis penutup bersama pelatih lain.

Para peminat mula resah tentang misteri kehilangan Top pada majlis itu dan ada di antara mereka yang mengesyaki Top sedang sakit dan berada di hospital.

Namun pihak pengurusan Top mahupun pihak pusat ketenteraan yang didiaminya belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.

Teks oleh : Izzat Ridzwan